Sabtu, 7 Disember 2013

UKIRAN BUAH A <> I

Untuk kali ke-2 ukiran buah dalam keluarga kami.


Buah tembikai panjang diukir bunga...buah epal itu hanya biasa sahaja...dibelah selang - seli...lobak pula diukir bunga ros.

Buah tembikai susu diukir bunga...sepatutnya kena cat sedikit dengan pewarna untuk menaikkan warnanya...tetapi, tidak sempat...buah anggur ungu dan hijau hanya letak begitu sahaja...buah oren dipotong zip - zap...diselitkan juga lobak bentuk daun.

Buah tembikai yang dibentuk angsa love.

Inilah hasilnya bila bergabung.





PERKAHWINAN A <> I

Perkara yang ditunggu - tunggu oleh bakal pengantin.
Yeah, sudah menjadi isteri yang sah pada sang suaminya.
Hantaran berbalas 9.
Permintaan di sana minta berbalas 11.
Tapi, bunyinya banyak dan susah untuk orang mengangkatnya.
Jadi, kami hanya minta dulangnya sahaja 9 dan dicampurkan barangnya.
Banyakkan barangnya???
Mula - mula pening juga nak gabung dengan apa.
Waktu bertunang sudah ambil warna yang terang.
Jadi, untuk majlis besar, kita ambil warna gelap pula...huhuhu.
Tema warnanya coklat.
6 dulang untuk barang wajib diletakkan rantai manik warna merah.
Kami selitkan juga warna merah dan krim.


Kebetulan pula bentuk sirih ini sama dengan pihak lelaki...bezanya adalah kami menggunakan pasu kaca yang asli dan separuh sirih asli...mereka hanya menggunakan gabus putih dan 100% sirih palsu.

Jauh nak pergi beli bunga telur ini, dari Nilai...susah juga nak mencari barang warna coklat...nasib baik dapat...ini pun terhad.

Ini kerja saat akhir...selepas kad nikah baru kami letak buah - buahan dan bunganya...maklumlah takut buah jadi buruk.

Sejadah dibentuk tanjak atau tengkolok...kopiah pula hanya diselitkan di tengah - tengah lubang sejadah...bila dipandang, seperti kapal.

Kain songket ini memang banyak kali nak membentuknya...akhirnya menjadi juga bentuk keris...cd hanya dilekatkan begitu sahaja.

Selalu kita tengok orang letak begitu sahaja kemeja...tapi, kami nak kelainan pada kemeja...ada bonjolan bunga dihujungnya...tali leher digulung pada awalnya dan dilepas dua dihujungnya.

Kasut tak dapat bergabung dengan barang lain...sebab besar sangat...hanya diletakkan begitu sahaja.

Untuk hantaran ini ada 3 barang...jam tangan, tali pinggang dan dompet...untuk lebih menarik, kami letakkan di dalam bakul besi.

Ada 2 minyak wangi, gel rambut dan bedak...barang ini pun diletakkan di dalam bakul besi...kami nak menampakkan ia seperti bertaburan.





Jumaat, 6 Disember 2013

BUNGA MEJA A <> I

Campuran 2 warna merah dan putih.
Untuk menambahkan seri dan menaikkan warna.
Temanya warna coklat.
Bentuk meja L.
Jadi, susunan bunganya memanjang.
Sangat memerlukan bunga dan daun yang banyak.
Beberapa kali jugalah pergi membelinya...hihihi.








Jumaat, 9 Ogos 2013

PERTUNANGAN A <> I

Langkah seterusnya...yeah!!!bertunang sudah.
Ini daripada pihak perempuan.
Tema besarnya warna ungu.
Tapi, kami gabungkan warna merah jambu supaya menaikkan seri hantaran tersebut.
Warna ungu ini pelbagai jenis.
Kami menggunakan violet atau ungu gelap untuk memberi kelainan sedikit.
Setiap hantaran ada konsep atau gaya bentuknya yang tersendiri.
Satu simbol bagi hantaran ini, setiap hantaran wajib ada riben yang besar itu.
Riben ini buat sendiri dengan 2 gabungan warna juga.
Senang sahaja buatnya.
Jimat kos katakan...hahaha.
Maaf kalau gambarnya tidak jelas.
Ini kerana, kami baru hendak belajar dalam fotografi.


 Manisan ini dengan pelbagai jenis coklat...semua dibeli 100% dari Langkawi...konsepnya ala berada dalam taman.

 T-shirt ini pula dibeli di Kuantan sahaja...warnanya cerah sedikit daripada warna bunga...supaya ia tidak kelihatan tenggelam...sebenarnya, baju ini dalam bentuk ketam...anda tidak dapat lihat dengan jelas kerana tidak fokus keseluruhan.

 Sirih junjung wajib ada dalam hantaran...penggunaan bakul rotan sahaja...bunganya juga berbeza.

 Ini merupakan kain baju melayu dan kain pelikat...kain baju melayu itu digubah dalam bentuk gulungan sijil...kain pelikat pula dibentuk tengkolok atau tanjak dengan diletakkan pin emas di situ.

 Mungkin anda tertarik dengan tuala ini...bentuknya kelihatan angsa...senang sahaja membuatnya...yang penting dapat berdiri dengan betul.

 Kotaknya kami lakukan sendiri...tapi, keknya sepupu kami yang buat...ini kerana, kami tidak sempat hendak menyediakan kek...pertama kali jadi tuan rumah...nasib baik sepupu setuju tolong.

Pulut kuning dengan gaya topi...ini, mak long kami yang tolong buatkan...maklum la, kami tidak dapat sediakan juga...kami hanya sempat belikan bahan - bahan dan hiasannya sahaja...tetapi, kotak itu kami sempat sediakan.





Sabtu, 29 Jun 2013

MERISIK BUNGA TMJ


Langkah pertama gitu, akhirnya kakak kami ada teman...bunga sudah dipetik buat pertama kali dalam keluarga kami...bakalnya tiada waktu ini...hanya urusan antara orang tua sahaja...disini, khidmat fotografi sahaja yang terserlah...baru nak belajar...hihihi.





Sabtu, 1 Jun 2013

UKIRAN BUAH A <> H

Wujudlah ukiran pertama di dalam majlis perkahwinan.
Percubaan yang pertama untuk majlis sepupu lelaki kami di Pulau Serai, Pekan.
Ini merupakan sebagai kejutan untuk sepupu.
Saudara - mara terpegun melihatnya.
Sebelum ini hanya buah tembikai yang dibuat bentuk bakul dan cucuk buah - buahan kecil pada nenas.
Percubaan pertama juga untuk bidang fotografi.
Maaf ada kekurangan.


Buah tembikai yang dikorek isi dalamnya dan dibentuk ukiran daun disekelilingnya...diisi dengan pelbagai jenis buah - buahan...tepinya dicucuk buah strawberi.

Ukiran bunga pada buah tembikai panjang dan buah betik.