< MARI KONGSI ILMU >


PEMERIKSAAN PREMIS :
  • Pertemuan dan perbincangan dengan pegawai - pegawai kanan syarikat berkaitan perlaksanaan piawaian halal dan penilaian dokumen.
  • Membuat pemeriksaan ke stor simpanan bahan mentah, bilik, penyimpanan, proses pengeluaran, pembungkusan, kebersihan dan kawalan kualiti
  • Perbincangan berkaitan hasil pemeriksaan.


SYARAT - SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN :
  • Perniagaan itu dimiliki oleh orang Islam...(bagi perniagaan yang dimiliki bersama pemilik bukan Islam, hanya bahagian milik Islam sahaja wajib dizakatkan).
  • Cukup haul iaitu genap setahun berniaga.
  • Cukup nisab iaitu menyamai atau melebihi nilai semasa 85 gram emas.
  • Harta perniagaan tersebut milik sempurna syarikat atau perniaga.
  • Perniagaan tersebut adalah halal di sisi syarak.


TIP CEGAH JERAWAT :
  • Cuci wajah sekurang-kurangnya 2 kali sehari di pagi hari dan sebelum tidur...cuci lebih kerap pada musim panas untuk mencegah minyak terperangkap pada wajah.
  • Gunakan penyegar pada wajah...ia penting untuk membersihkan sisa pembersih wajah.
  • Sapukan pelembap pada wajah.
  • Perbanyakan makan buah-buahan segar.
  • Minum sekurang-kurangnya 10 gelas air sehari...air ialah pembersih terbaik untuk mengeluarkan racun dari tubuh.
  • Jangan menggunakan produk minyak seperti minyak rambut atau penyembur rambut...saat rambut terkena wajah, minyak akan ikut beralih pada wajah dan boleh menimbulkan jerawat.


RAWATAN SEMULA JADI ATASI MIGRAIN :
  • Senaman atau aktiviti fizikal yang kerap dapat membantu menghindari serangan migrain kerana aktiviti fizikal ini dpat membantu mengurangkan tekanan ataupun stre dan menggalakkan pengeluaran endorphins (sebagai bahan penenang).
  • Pengambilan magnesium perlu diambil daripada makanan dan suplemen kerana badan kita tidak boleh membina magnesium sendiri...sumber magnesium ialah biji labu, bayam, salmon, halibut, biji bunga matahari, biji bijan, kacang soya dan kacang hitam...magnesium membantu merehatkan saraf dan otot serta menghantar impuls saraf ke seluruh badan dan otak.
  • Pengambilan minuman atau makanan yang berunsurkan herba juga dapat membantu mengurangkan rasa sakit migrain...didapati bahawa herba boleh mengurangkan keradangan salut darah ke otak...antara unsur herba yang boleh diambil adalah seperti bunga atau daun markisa, serai, daun selasih, daun pandan wangi, pegaga dan kemangi.


TIPS MEMBUAT KEK
  • Bahan - bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam hendaklah diayak bersama.
  • Kek akan lebih gebu dan ringan.
  • Ia juga akan dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding apabila kita hanya menggaulkan begitu dengan tangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan