Jumaat, 9 Ogos 2013

PERTUNANGAN A <> I

Langkah seterusnya...yeah!!!bertunang sudah.
Ini daripada pihak perempuan.
Tema besarnya warna ungu.
Tapi, kami gabungkan warna merah jambu supaya menaikkan seri hantaran tersebut.
Warna ungu ini pelbagai jenis.
Kami menggunakan violet atau ungu gelap untuk memberi kelainan sedikit.
Setiap hantaran ada konsep atau gaya bentuknya yang tersendiri.
Satu simbol bagi hantaran ini, setiap hantaran wajib ada riben yang besar itu.
Riben ini buat sendiri dengan 2 gabungan warna juga.
Senang sahaja buatnya.
Jimat kos katakan...hahaha.
Maaf kalau gambarnya tidak jelas.
Ini kerana, kami baru hendak belajar dalam fotografi.


 Manisan ini dengan pelbagai jenis coklat...semua dibeli 100% dari Langkawi...konsepnya ala berada dalam taman.

 T-shirt ini pula dibeli di Kuantan sahaja...warnanya cerah sedikit daripada warna bunga...supaya ia tidak kelihatan tenggelam...sebenarnya, baju ini dalam bentuk ketam...anda tidak dapat lihat dengan jelas kerana tidak fokus keseluruhan.

 Sirih junjung wajib ada dalam hantaran...penggunaan bakul rotan sahaja...bunganya juga berbeza.

 Ini merupakan kain baju melayu dan kain pelikat...kain baju melayu itu digubah dalam bentuk gulungan sijil...kain pelikat pula dibentuk tengkolok atau tanjak dengan diletakkan pin emas di situ.

 Mungkin anda tertarik dengan tuala ini...bentuknya kelihatan angsa...senang sahaja membuatnya...yang penting dapat berdiri dengan betul.

 Kotaknya kami lakukan sendiri...tapi, keknya sepupu kami yang buat...ini kerana, kami tidak sempat hendak menyediakan kek...pertama kali jadi tuan rumah...nasib baik sepupu setuju tolong.

Pulut kuning dengan gaya topi...ini, mak long kami yang tolong buatkan...maklum la, kami tidak dapat sediakan juga...kami hanya sempat belikan bahan - bahan dan hiasannya sahaja...tetapi, kotak itu kami sempat sediakan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan