Isnin, 15 Jun 2015

HIJAB RAS

Assalamualaikum,
Sudah lama tidak hangatkan blog kami.
Kali ini, kami bawakan produk baru, iaitu shimmering wideshawl.
Bila di google translate, jadilah selendang berkilauan...huhu.
Selendang ini khas bagi semua orang.
Cuma perbezaan dari segi promosi dan dapatkannya sahaja.
Sebab hanya boleh dapatkan di "vendor boutique and cafe" di Kuantan, Pahang.
Namun, sekiranya ada yang tidak tahan untuk memilikinya.
Anda boleh berurusan pembelian secara online untuk sesiapa yang luar kawasan dan tidak mahu ke butik.
Tapi, proses online atau pos mengepos ini perlu dibuat terus dari pihak pengurusan butik tersebut.
Bukan dengan pihak kami okey.


Inilah contoh selendang tersebut. Boleh nampak kilauan atau sinarannya dengan zoom okey.

Pilihan warna menanti anda. Ia tidak menentu tahu. Bergantung pada warna daripada pembekal kain kepada kami.

Boleh nilaikan sendiri keadaan selendang kami. Ini segala maklumatnya.

Untuk lebih jelas, kami bawakan ukuran dan apa makna end curve both side.

Inilah butik seterusnya. Boleh dapatkan juga. Kalau nak mengetahui perkembangan selendang kami, gatalkan jari anda follow instagram mereka okey...hehe.

Kalau anda ingin mempelajari dan mengetahui langkah pemakaiannya. Bolehlah cari dekat #gayahijabras

Macam inilah anda boleh mencarinya. Senang dan mudah bukan?


Tengok, mereka sudah gayakan. Anda bila lagi? Untuk penggayaan pendek atau labuh, ia bergantung pada cara anda. Kami tidak memaksa. Setiap style bergantung pada keadaan event, cuaca, mood anda dan bersesuaian dengan pakaian anda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan