Sabtu, 7 Disember 2013

UKIRAN BUAH A <> I

Untuk kali ke-2 ukiran buah dalam keluarga kami.


Buah tembikai panjang diukir bunga...buah epal itu hanya biasa sahaja...dibelah selang - seli...lobak pula diukir bunga ros.

Buah tembikai susu diukir bunga...sepatutnya kena cat sedikit dengan pewarna untuk menaikkan warnanya...tetapi, tidak sempat...buah anggur ungu dan hijau hanya letak begitu sahaja...buah oren dipotong zip - zap...diselitkan juga lobak bentuk daun.

Buah tembikai yang dibentuk angsa love.

Inilah hasilnya bila bergabung.





PERKAHWINAN A <> I

Perkara yang ditunggu - tunggu oleh bakal pengantin.
Yeah, sudah menjadi isteri yang sah pada sang suaminya.
Hantaran berbalas 9.
Permintaan di sana minta berbalas 11.
Tapi, bunyinya banyak dan susah untuk orang mengangkatnya.
Jadi, kami hanya minta dulangnya sahaja 9 dan dicampurkan barangnya.
Banyakkan barangnya???
Mula - mula pening juga nak gabung dengan apa.
Waktu bertunang sudah ambil warna yang terang.
Jadi, untuk majlis besar, kita ambil warna gelap pula...huhuhu.
Tema warnanya coklat.
6 dulang untuk barang wajib diletakkan rantai manik warna merah.
Kami selitkan juga warna merah dan krim.


Kebetulan pula bentuk sirih ini sama dengan pihak lelaki...bezanya adalah kami menggunakan pasu kaca yang asli dan separuh sirih asli...mereka hanya menggunakan gabus putih dan 100% sirih palsu.

Jauh nak pergi beli bunga telur ini, dari Nilai...susah juga nak mencari barang warna coklat...nasib baik dapat...ini pun terhad.

Ini kerja saat akhir...selepas kad nikah baru kami letak buah - buahan dan bunganya...maklumlah takut buah jadi buruk.

Sejadah dibentuk tanjak atau tengkolok...kopiah pula hanya diselitkan di tengah - tengah lubang sejadah...bila dipandang, seperti kapal.

Kain songket ini memang banyak kali nak membentuknya...akhirnya menjadi juga bentuk keris...cd hanya dilekatkan begitu sahaja.

Selalu kita tengok orang letak begitu sahaja kemeja...tapi, kami nak kelainan pada kemeja...ada bonjolan bunga dihujungnya...tali leher digulung pada awalnya dan dilepas dua dihujungnya.

Kasut tak dapat bergabung dengan barang lain...sebab besar sangat...hanya diletakkan begitu sahaja.

Untuk hantaran ini ada 3 barang...jam tangan, tali pinggang dan dompet...untuk lebih menarik, kami letakkan di dalam bakul besi.

Ada 2 minyak wangi, gel rambut dan bedak...barang ini pun diletakkan di dalam bakul besi...kami nak menampakkan ia seperti bertaburan.





Jumaat, 6 Disember 2013

BUNGA MEJA A <> I

Campuran 2 warna merah dan putih.
Untuk menambahkan seri dan menaikkan warna.
Temanya warna coklat.
Bentuk meja L.
Jadi, susunan bunganya memanjang.
Sangat memerlukan bunga dan daun yang banyak.
Beberapa kali jugalah pergi membelinya...hihihi.