Isnin, 21 April 2014

KAMBING OH...KAMBING

Asyik tengok makanan sahaja.
Kali ini, mari kita intai - intai kambing ini.
Setakat ini, stok baru masuk hanya 13 ekor.
Kami masih dalam proses penambahan kambing - kambing ini.
Jangan malu, jangan segan, jangan takut.
Comel belaka kambing ini.
Kambing ini pandai, senang nak suruh jadi model.
Panggil sekali, terus pandang kamera.





Ini besar sikit...orang kata baka kuda...dia kena duduk 1 bilik tanpa kongsi.

Bahagia keluarga kambing ini...ada 3 ekor anak dia.

Ini pun kena duduk 1 bilik.

Kambing ini pemalu pula...dia pun duduk 1 bilik sendirian






Sabtu, 5 April 2014

TERATAK KAMBING

Hampir terlupa nak letak gambar untuk ternakan.
Ini dinamakan teratak untuk kambing.
Mewah kambing - kambing ini, boleh dapat bilik sendiri.


Secara keseluruhan kandang kambing.

Ada 2 pintu masuk...tapi, ini merupakan pintu yang selalu guna.

Ini merupakan tempat isi makanan untuk kambing...memudahkan kambing nak makan...tidaklah bersepah sangat.

Lepas makan, mesti dahaga...ini merupakan baldi untuk isi air...kambing pun macam manusia, perlukan air.

Ini diibaratkan bilik yang sudah lengkap tempat makanan dan air.

Gambaran untuk dalam kandang...sekali pandang, sudah macam rumah panjang...hihihi.


Sabtu, 11 Januari 2014

KEK

Kami hanya menjual kek coklat lembab dan kek batik atau biskut marie sahaja.
Hanya dibungkus dalam bekas lutsinar dengan 2 saiz sahaja.
Bekas B = besar dan bekas K = kecil.
Jangan risau, bagi kek coklat lembab kami sertakan juga 2 sudu untuk anda senang makan dimana sahaja anda berada.
Kek coklat lembab, kami menggunakan kaedah kukus.


 Gambaran untuk bekas B = besar dari setiap sudut.

Gambaran untuk bekas K = kecil dari setiap sudut juga.


Kek batik / Biskut marie bekas B.


 Kek batik / Biskut marie bekas K.

Hiasan untuk kek coklat lembab bergantung pada kehendak masing - masing.
Anda boleh menentukannya : A) badam panggang...B) kacang panggang...C) chocolate rice...D) colour rice...E) kepingan coklat warna - warni...F) kosong, tidak letak apa - apa
Harganya tetap sama walaupun hiasan anda berbeza.
Itulah kelebihan produk kek kami kepada anda.




Kek coklat lembab kukus bekas B...kek ini dihantar ke Pasir Gudang, Johor...untuk sambutan hari lahir kawan serumah katanya.


Kek coklat lembab kukus bekas B.



Kek coklat lembab kukus bekas K.